Music Bank Mohon Maaf Sebab Salah ‘Kira’ Undi. Sepatutnya, EXO-SC Yang Menang
Baru-baru ini, pihak Music Bank dikritik hebat kerana kesilapan mereka mengira undi yang menyebabkan duo, EXO-SC tidak memenangi nombor satu untuk carta minggu tersebut…
Baru-baru ini, pihak Music Bank dikritik hebat kerana kesilapan mereka mengira undi yang menyebabkan duo, EXO-SC tidak memenangi nombor satu untuk carta minggu tersebut.
Sebaliknya, kemenangan diberikan kepada grup Blackpink dengan dengan ‘How You Like That’ mereka. Mujurlah, kedua-dua grup itu tidak berada di atas pentas semasa kemenangan diumumkan.
Kesilapan tersebut mula disedari peminat yang mengira undi untuk kedua-dua lagu yang bersaing untuk tempat pertama itu.
Susulan itu, penulis Music Bank mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf di atas kesilapan tersebut.
Berikut merupakan terjemahan permohonan maaf:
“Kerana terdapat kesilapan dalam proses mengira undi ketika siaran langsung Music Bank pada 24 Julai lalu, pemenang sebenar pada tarikh tersebut adalah EXO-SC di tempat pertama manakala Blackpink di tempat kedua.
“Kami memohon maaf kepada semua penonton dan juga terhadap kedua-dua selebriti di atas kekhilafan ini. Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi di masa hadapan,” tulis kenyataan tersebut.
Alahai, ini bukanlah kali pertama Music Bank tersilap mengira undi. Moga-moga selepas ini tiada lagi yang menjadi mangsa ya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






