PA Kacak Dalam Drama Business Proposal Bakal Jalani Latihan Tentera!
Oh no! PA yang hot meletop dalam drama Business Proposal umumkan dia bakal masuk tentera tahun depan!..
Oh no! PA yang hot meletop dalam drama Business Proposal umumkan dia bakal masuk tentera tahun depan!
Agensi pelakon Kim Min Kyu iaitu Happy Tribe Entertainment mengesahkan bahawa dia kini bercadang untuk menjalani latihan ketenteraannya, tahun hadapan.
“Kami belum dapat tetapkan tarikh lagi untuk latihan ketenteraan dia (Kim Min Kyu). Namun, dia kini sedang bersiap sedia dan sedang merakam semua sidang media (untuk drama akan datang),” kata kenyataan media agensinya.
Untuk pengetahuan, Kim Min Kyu bakal memasuki usia 28 tahun pada 25 Disember ini, oleh itu dia harus bersedia untuk memulakan latihan tentera yang merupakan perkara wajib dijalani oleh semua lelaki warganegara Korea Selatan.
Drama terakhir yang dibintangi oleh pelakon itu juga adalah Holy Idol yang bakal ditayangkan pada awal tahun 2023.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






