Park Bo Gum Bakal Cameo Dalam Itaewon Class!
Fuh! Lagi dua episod sebelum drama popular, Itaewon Class akan melabuhkan tirainya…
Fuh! Lagi dua episod sebelum drama popular, Itaewon Class akan melabuhkan tirainya.
Kalau sebelum ini ahli BTS, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung meminjamkan suaranya untuk lagu OST drama itu, kali ini pelakon popular, Park Bo Gum pula bakal muncul sebagai cameo.
Perkara tersebut turut disahkan oleh staf drama tersebut yang dirahsiakan identitinya.
“Benar, Park Bo Gum akan muncul sebagai cameo dalam drama itu. Semoga peminat drama akan terus memberikan sokongan untuk watak yang bakal dilakonkannya,” katanya.
Dalam pada itu, dipercayai penglibatan Park Bo Gum adalah disebabkan hubungan baik antara dia dan pengarah drama itu di mana mereka pernah bekerjasama dalam drama Love In The Moonlight.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






