Penyanyi Trot Ini Teruk Dikecam Gara-Gara Ditegur Mempunyai Wajah Seiras Song Hye Kyo!
Gara-gara ditegur mempunyai wajah seiras dengan pelakon, Song Hye Kyo, penyanyi trot dikenali sebagai Jung Mi Ae tertekan apabila dikecam warganet…
Gara-gara ditegur mempunyai wajah seiras dengan pelakon, Song Hye Kyo, penyanyi trot dikenali sebagai Jung Mi Ae tertekan apabila dikecam warganet.
Untuk pengetahuan, dia merupakan salah seorang peserta pertandingan Miss Trot namun ketika itu badannya agak berisi kerana baru lepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, setelah berjaya menurunkan berat badan, orang mula perasan tentang persamaan wajahnya dengan pelakon drama Encounter itu. Malah, dia juga turut trending carian nombor satu disebabkan perkara itu.
Tidak tahan dengan kecaman tersebut, penyanyi trot itu memohon agar orang ramai melupakan persamaan wajahnya dengan pelakon tersebut.
“Saya menghadiri sebuah program dan hos rancangan itu mengatakan persamaan wajah kami. Sejak itu, orang ramai mula memperkatakan tentang saya dan dia (Song Hye Kyo)
“Saya juga menerima banyak kecaman dan menjadi kebencian orang ramai. Tolonglah lupakan perkara ini,” mohonnya.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






