Permintaan Tidak Dilayan, NewsJeans Sah Tinggalkan Ador & Hybe!
Nampaknya, lima ahli New Jeans nekad untuk meninggalkan ADOR…
Nampaknya, lima ahli NewJeans nekad untuk meninggalkan ADOR.
Pada 13 November lalu, NewJeans menghantar notis rasmi kepada agensi mereka, ADOR, menuntut agar ADOR membetulkan semua pelanggaran besar terhadap kontrak eksklusif mereka dalam tempoh 14 hari. Mereka turut memberi amaran, “Jika permintaan kami untuk pembetulan tidak diterima, kami akan menamatkan kontrak eksklusif kami.”
Pada 28 November, Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein mengadakan sidang akhbar tergempar.
Dalam sidang akhbar itu, mereka menjelaskan, “Tempoh untuk pembetulan akan tamat pada tengah malam ini, tetapi nampaknya HYBE dan ADOR tidak mempunyai rancangan untuk pembaharuan atau mendengar permintaan kami.”
Minji berkata, “Kontrak eksklusif antara NewJeans dan ADOR akan ditamatkan pada 29 November jam 12 pagi KST,” sambil menambah, “Kami sudah penat dengan sikap tidak ikhlas HYBE dan sekali lagi merasakan mereka tiada hasrat untuk mendengar permintaan kami.”
Hanni turut berkongsi dalam bahasa Inggeris:
“Kami telah menghadapi layanan buruk, bukan sahaja terhadap kami tetapi juga terhadap kakitangan kami, halangan dan percanggahan yang tidak berkesudahan, salah komunikasi yang disengajakan, dan manipulasi dalam pelbagai aspek.
“Ini adalah sebuah syarikat yang tidak lagi mempunyai keikhlasan dalam seni muzik yang dicipta, sebaliknya terlalu fokus untuk kelihatan seperti syarikat yang baik walaupun hanya berminat untuk menjana keuntungan tanpa mempedulikan kesan negatif daripada cara mereka yang tidak autentik. Ini bukanlah etika kerja yang kami hormati atau ingin sertai, dan terus bekerja di bawah syarikat yang tiada niat untuk melindungi NewJeans hanya akan memudaratkan kami.
“Itulah sebabnya kami berlima sepakat untuk meninggalkan ADOR. Untuk menyatakan pendirian kami sebelum maklumat yang mengelirukan dikeluarkan, kami memilih untuk mengadakan sidang akhbar tergempar hari ini,” katanya.
Danielle sempat menambah:
“Selepas meninggalkan ADOR, kami akan berusaha untuk menjalankan aktiviti yang benar-benar kami inginkan.
“Terutamanya dengan jadual yang telah ditetapkan, kami akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakannya tanpa sebarang masalah. Kami sangat berharap dapat mengeluarkan muzik baharu untuk Bunnies tahun depan, secepat mungkin.
“Kami juga amat berharap dapat bertemu anda semua di seluruh dunia. Akhir sekali, kami sedar bahawa mulai hari ini kami mungkin tidak dapat menggunakan nama NewJeans lagi, namun itu tidak bermaksud kami menyerah pada nama itu. Kami akan terus berjuang untuk NewJeans.
“Tidak kira apa nama kami nanti, ingatlah bahawa NewJeans tidak akan pernah mati,” katanya.
Nantikan maklumat lanjut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






