Pernah Minum Dari Lopak Air, Aktor Drama The Glory Jung Sung Il Dedah Keperitan Hidup
Siapa sangka zaman kanak-kanak pelakon Jung Sung Il yang kini popular dengan drama The Glory tidak seindah yang disangka…
Siapa sangka zaman kanak-kanak pelakon Jung Sung Il yang kini popular dengan drama The Glory tidak seindah yang disangka.
Aktor tersebut muncul menjadi tetamu undangan You Quiz On The Block berkongsi kisah kanak-kanak yang tidak disangka.
“Masa saya kecil, mak saya sakit. Ayah saya selalu takde. Jadi kami tinggal dengan nenek. Tapi nenek pun sakit.
“Selalu kakaklah yang jaga saya. Tapi, satu hari tu kakak saya tak balik sekolah lagi. Saya lapar dengan dahaga sangat. Kat dapur takde apa untuk dimakan.
“Pastu saya nampak ada air kat lopak ni. Saya tunggu sampai kotoran/debu kat atas tu turun bawah baru lah saya hirup.
Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur kerana mempunyai kakak namun pada masa yang sama sedih melihat kakaknya harus berkorbam untuk menjaga dirinya.
“Kakak saya sangat pandai memasak menggunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah.
“Bagaimanapun, dia hanyalah dua tahun tua daripada saya. Maka ketika dia jaga saya, dia pun masih seorang kanak-kanak.
“Saya bersyukur ada dia menjaga saya tapi masa yang sama saya sangat kesian lihat kakak saya. Namun seteruk mana pun, dia tak pernah menangis di depan saya” kongsinya lagi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



