Pernah Trauma Untuk Minum Jus Oren, Ini Cara TVXQ Yunho Atasinya
Ingat lagi tak bila ahli grup TVXQ, Yunho pernah diracun oleh anti-fan pada tahun 2006 dahulu?..
Ingat lagi tak bila ahli grup TVXQ, Yunho pernah diracun oleh anti-fan pada tahun 2006 dahulu?
Baru-baru ini, idol tersebut ada berkongsi bagaimana dia trauma disebabkan peristiwa tersebut dalam program Radio Star.
Katanya, dia mempunyai masalah ‘anxiety disorder’ setiap kali melihat jus oren di hadapannya.
“Saya tak boleh minum jus oren dalam beberapa ketika selepas insiden tersebut.
“Itu membuatkan saya sangat marah dengan diri sendiri. Saya merasakan masalah ini berpunca daripada minda saya dan mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini sendiri.
“Jadi, saya sediakan 10 botol jus oren di hadapan saya. Di botol pertama, tangan saya mengigil teruk tapi saya teruskan niat saya dan minum jus itu.
“Pada mulanya memang susah. Ambil maaa juga nak jadi baik tapi lama-lama semakin okay.
“Sekarang saya tiada masalah lagi nak minum jus oren. Boleh terus teguk sahaja,” kongsinya.
Sebelum ini, Yunho diracun oleh seorang anti-fan dikenali sebagai Ko yang memberinya jus oren yang dicampur dengan super glue di dalamnya.
Sejurus selepas meminum jus tersebut,Yunho terus muntah dan dibawa ke unit rawatan kecemasan.
Dia juga turut ditahan di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan.
Individu tersebut kemudiannya menyerah diri namun pihak Yunho tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Foto: Carian Google
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




