Polis Kini Jalankan Siasatan Terhadap YG Entertainment
Nampaknya syarikat YG Entertainment kini berada di dalam siasatan pihak polis…
Nampaknya syarikat YG Entertainment kini berada di dalam siasatan pihak polis.
Menurut laporan berita JTBC, polis merancang untuk menyiasat YG Entertainment berkaitan dengan kes bayaran hotel bekas ahli Big Bang, Seungri dan juga kes servis ‘escort’nya itu.
Semalam, Pengarah Urusan Yuri Holdings, Yoo Inseok mengaku terhadap tuduhan pelacuran bersama Seungri.
Polis juga berjaya mendapatkan testimoni daripada pelacur yang menghadiri perjumpaan di sebuah Hotel pada Disember 2015 di mana Seungri mengaku membayar caj hotel tersebut namun menafikan bahawa dia tahu mengenai ‘escort girl’ tersebut.
Dalam pada itu, YG Entertainment turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.
“Itu semua adalah bayaran peribadi yang dilakukan oleh Seungri. Dia memiliki dan menggunakan kredit kad tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, polis juga memohon waran tangkap buat Seungri dan Yoo Inseok di bawah tuduhan penyelewengan dan pelacuran setelah mereka tamat menyiasat YG Entertainment.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





