PSY Dipanggil Polis, Disiasat Sebab Isu Pelacuran Berkaitan Yang Hyun Suk & Jho Low
Baru-baru ini, pihak penguatkuasa Korea Selatan berkongsi pernglibatan ahli perniagaan dari Malaysia, Jho Low berkaitan isu pelacuran yang melibatkan bekas pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk…
Baru-baru ini, pihak penguatkuasa Korea Selatan berkongsi pernglibatan ahli perniagaan dari Malaysia, Jho Low berkaitan isu pelacuran yang melibatkan bekas pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk.
Susulan itu, penyanyi PSY juga turut dipanggil polis bagi membantu siasatan setelah didapati dia juga turut berada di majlis makan malam di mana 25 orang wanita dipercayai ‘escort’ turut berada di sana.
Bagaimanapun, salah seorang saksi yang berada di makan malam tersebut menafikan bahawa terdapat unsur-unsur pelacuran terjadi di majlis makan malam tersebut.
Sementara itu, Yang Hyun Suk juga turut memberikan kenyataan berkaitan isu tersebut.
“Benar saya berada di majlis makan malam tersebut tapi saya tak perasan mengenai hal pelacuran itu. Saya juga tidak mengeluarkan wang di majlis tersebut.
“Saya juga tiada apa-apa ‘bisnes’ dengan ahli perniagaan itu. Saya kenal Madam Jung (saksi), tapi tak kenal langsung perempuan yang dibawanya,” katanya.
Dalam pada itu, PSY juga turut mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagramnya.
“Ketika Jho Low dan rakan perniagaannya ke Korea Selatan, saya dan Yang Hyun Suk dijemput ke majlis makan malam tersebut.
“Setelah minum sedikit dengan mereka di sana, saya dan Yang Hyun Suk pulang dahulu,” katanya.
Sumber: Soompi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




