Roy Kim Hadir Siasatan Terlibat Dalam Isu Kes Jung Joon Young Tapi…
Semalam, program MBC Newsdeck melaporkan bahawa penyanyi, Roy Kim hadir sebagai suspek dalam penyiasatan polis berkaitan kes grup chat Jung Joon Young…
Semalam, program MBC Newsdeck melaporkan bahawa penyanyi, Roy Kim hadir sebagai suspek dalam penyiasatan polis berkaitan kes grup chat Jung Joon Young.
Dia hadir ke balai polis pada jam 2.40 petang.
Difahamkan, pada mulanya Roy Kim dipanggil sebagai saksi namun bertukar menjadi suspek setelah penglibatannya di dalam berkongsi video yang diambil secara haram tersebut disahkan polis.
Dalam pada itu, ahli-ahli grup chat Jung Joon Young turut berdepan dengan tuduhan menggunakan setelah polis menemukan ‘slang’ berkaitan dadah dalam perbualan tersebut.
Bagaimanapun, Roy Kim dilaporkan tidak akan menjalani ujian dadah untuk menentukan sama ada positif atau negatif.
“Roy Kim dipanggil atas sebab penyalahgunaan Akta Rangkaian Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, kami tidak boleh memaksa ujian dadah diadakan.
“Kami kini berbincang dengan pihak Roy Kim,” kata kenyataan tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



