Rupanya Shazwan Zafran Pun Pernah Persendakan Kematian Sulli?
Kecoh baru-baru ini di sebuah rancangan televisyen apabila mangsa dibuli berdepan dengan pembulinya di dalam sebuah program siaran langsung…
Kecoh baru-baru ini di sebuah rancangan televisyen apabila mangsa dibuli berdepan dengan pembulinya di dalam sebuah program siaran langsung.
Difahamkan bahawa tajuk yang dibincangkan adalah buli siber dan panel yang dijemput adalah model albino, Azfar Firdaus, Shazwan Zafran dan Zulin Aziz.
Kisahnya, Azfar mendedahkan bahawa dia sendiri pernah dibuli Shazwan di Twitter satu ketika dahulu menyebabkan dia menerima kritikan pedas netizen.
Selain itu, netizen juga mula menggali semua ‘tweet-tweetnya’ dan mendapati bahawa dia pernah mempersenda kematian bekas ahli F(X), Sulli.
“Sulli tak chill, aku kena ni lagi teruk,” tulisnya.
Susulan itu, netizen melahirkan rasa kecewa mereka dengan sikap Shazwan tersebut.
Oh my! Sepatutnya kita tidak boleh mempersendakan kematian seseorang tidak kiralah macam mana pun cara dia meninggal dunia.
Apa-apapun, mungkin Shazwan akan belajar daripada kesilapan ini. Kita doakan yang baik-baik ya!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






