“Saya Cuma Nak Jadi Kelakar Masa Bercakap, Rasanya Dah ‘Terover’ Pula,” – Big Bang Seungri Minta Maaf Pada Yang Hyun Suk
Kecoh minggu lalu bila ahli grup Big Bang, Seungri berkongsi kisahnya bersama pengasas syarikat YG Entertainment, Yang Hyun Suk…
Kecoh minggu lalu bila ahli grup Big Bang, Seungri berkongsi kisahnya bersama pengasas syarikat YG Entertainment, Yang Hyun Suk.
Kononnya ‘papa YG’ itu tidak menjaganya dengan baik malah dia seperti dianaktirikan kerana muncul di konsertnya sendiri tanpa penyanyi dan penari latar. Difahamkan, ‘papa YG’ juga tidak tahu Seungri ada konsert pada malam itu dan mengatakan bahawa semua penari dan penyanyi latar akan ke konsert Blackpink di Thailand.
Susulan itu, kes itu menaikkan kemarahan netizen terutamanya VIP yang kesal kerana ‘papa YG’ masih kelihatan berat sebelah dan tidak ambil kisah mengenai Seungri.
Oleh yang demikian, munculnya satu petisyen di laman media sosial bagi menunjukkan sokongan moral buat Seungri dan meminta agar YG melayan Seungri dengan baik.
Setelah lama berdiam diri mengenai perkara ini, ‘papa YG’ akhirnya muat naik ‘screenshot’ perbualannya bersama Seungri di laman Instagramnya.
“Saya akan menghentikan segala kontroversi ini. Saya minta maaf untuk segala-galanya. Saya cuma ingin jadi kelakar semasa bercakap, rasanya dah terover pula,” tulis Seungri dalam perbualan tersebut.
Dalam pada itu, Seungri juga mengatakan dia rela untuk naik ke tingkat tujuh (pejabat papa YG’) pada bila-bila masa sahaja.
Sebelum ini, Seungri mengakui dalam rancangan realiti YG Future Strategy Office bahawa dia merupakan artis yang paling banyak naik ke tingkat tujuh berikutan ‘sering menimbulkan masalah’ dan ‘dimarahi’ oleh pemilik YG Entertainment itu.
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



