“Saya Minta Maaf, Dah Tujuh Tahun Tak Bercakap Dengan Ayah,” – Girl’s Generation Tiffany Tampil Beri Penjelasan
Salah seorang ahli grup Girl’s Generation akhirnya tampil memberikan kenyataan mengenai isu yang melandanya kini berkaitan dengan bapanya…
Salah seorang ahli grup Girl’s Generation akhirnya tampil memberikan kenyataan mengenai isu yang melandanya kini berkaitan dengan bapanya.
Semalam, isu mengenai bapa Tiffany terlibat dengan kontroversi penipuan tersebar di media membuatkan ramai yang memohon penjelasan daripada pihak penyanyi itu sendiri.

Susulan itu, Tiffany mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi agensinya, Transparent Artist menjelaskan segalanya dan memohon maaf terhadap mereka yang menjadi mangsa ayahnya itu.
“Hai, ini Tiffany. Semalam saya membaca perkongsian mangsa-mangsa yang terluka kerana ayah saya di media. Saya rasa sangat teruk dan bersalah terhadap kalian, jadi saya mengambil keputusan untuk memberi penjelasan kepada semua.
“Sebenarnya, zaman kanak-kanak saya sangat sukar dek kerana masalah yang ditimbulkan ayah saya. Malah selepas say debut juga, saya sering di ugut oleh orang yang mengenali ayah saya kerana hutangnya (yang saya tidak tahu).
“Tambahan pula, saya sering ditekan oleh ayah saya supaya membayar segala hutang-hutangnya itu.
“Memandangkan saya merasakan ia adalah hal keluarga, saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan segala isu berkaitan kewangan dalam keluarga saya.
“Oleh itu, saya sering risau sekiranya perkara ini akan mendatangkan kesusahan kepada ahli grup saya yang lain. Akhirnya saya tidak lagi mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk memutuskan pertalian dengan ayah saya.
“Kami memilih haluan hidup masing-masing. Kali terakhir saya bercakap dengannya adalah pada 7 tahun lalu.
“Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk berbicara tentang hal keluarga menerusi berita buruk ini tapi saya sudah membuat keputusan dengan penuh rasa bersalah terhadap mereka yang terluka kerana ayah saya. Situasi ini juga berkait rapat dengan saya.
“Sekali lagi, saya mohon maaf kepada mereka yang terlibat kerana kontroversi ini,” tulis kenyataan itu.
Sumber: Allkpop
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






