“Sebab Kemalangan BTS Di Taiwan Bukan Kerana Peminat,” – Big Hit
Kecoh seketika apabila grup popular K-pop, BTS dilaporkan mengalami kemalangan semasa berada di Taiwan untuk salah satu ‘stop’ konsert Love Yourself mereka…
Kecoh seketika apabila grup popular K-pop, BTS dilaporkan mengalami kemalangan semasa berada di Taiwan untuk salah satu ‘stop’ konsert Love Yourself mereka.
Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertainment menerusi kenyataan media mereka.
“Selepas konsert di Taiwan, mereka (BTS) berdepan dengan satu kemalangan kecil. Kesemua ahli tidak mengalami kecederaan dan mereka kembali ke bilik dorm masing-masing.
“Tiada sebarang perubahan kepada jadual mereka,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Big Hit juga menolak spekualasi ramai bahawa kemalangan tersebut terjadi disebabkan para peminat tegar yang mengejar grup itu dengan kereta lain.
“Bukan kereta yang ada peminat tetapi kereta lain yang membawa ahli-ahli BTS yang berlanggar,” jelas kenyataan itu lagi.
BTS mengadakan konsert selama dua hari di Stadium Baseball Antarabangsa Taoyuan pada 8 dan 9 Disember lalu.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






