Sebab Tak Cukup Ahli, Monsta X Janji Akan Datang Lagi Ke Malaysia!
Semalam, tentunya menjadi memori manis buat 5,000 Monbebe (peminat Monsta X) yang hadir ke Konsert We Are Here Monsta X In Kuala Lumpur apabila dapat menyaksikan idol kesayangan mereka beraksi di pentas negara…
Semalam, tentunya menjadi memori manis buat 5,000 Monbebe (peminat Monsta X) yang hadir ke Konsert We Are Here Monsta X In Kuala Lumpur apabila dapat menyaksikan idol kesayangan mereka beraksi di pentas negara.
Walaupun kurang seorang ahli, namun persembahan yang mantap diberikan oleh enam orang ahli Monsta X di atas pentas tetap menggembirakan hati peminat.

Seawal konsert dimulakan lagi, ketua grup, Shownu meminta maaf kepada peminat kerana ketidakhadiran salah seorang ahli mereka, Wonho kerana kehilangan passportnya semasa tiba di Malaysia.
“Kami meminta maaf kerana kurang seorang ahli (Wonho), dia ingin sekali berada bersama kami di atas pentas ini untuk bertemu dengan Monbebe Malaysia namun ada masalah sedikit yang membuatkan dia tidak dapat bersama,” katanya di awal konsert.
Susulan itu juga, ‘special stage’ yang sepatutnya dilakukan oleh Shownu dan Wonho tidak dapat dilakukan. Namun begitu, Shownu tetap beraksi sedikit demi untuk Monbebe.
Dalam pada itu, sepanjang 2 jam setengah konsert berlangsung, Monsta X tetap bertenaga di atas pentas malah ‘fan-service’ yang diberikan kepada para peminat wajar diberikan ‘thumbs up’.

Selain itu, Hyungwon juga turut perasan ‘special event’ yang Monbebe lakukan untuk hari lahir Shownu minggu lalu dan memberikannya kepada Shownu.
“Terima kasih Monbebe, hari lahir saya sentiasa ketika saya melakukan konsert jelajah jadi saya sangat gembira dapat menyambutnya dengan para peminat,,” katanya.
Di penghujung konsert, kelihatan ahli-ahli lain juga meminta maaf dengan ketiadaan Wonho dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia.

“Terima kasih Monbebe kerana menjemput kami ke Malaysia, lain kali kami akan datang lengkap tujuh orang ahli,” kata I.M
“Kami ingin minta maaf kerana kekurangan ahli, ya kami perlu meminta maaf kepada anda kerana Monbebe dah keluarkan duit dan berusaha untuk berjumpa dengan kami. Lain kali kita bertemu lagi, akan cukup tujuh ahli. Itu janji kami!,” kata Kihyun.
Konsert tersebut berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan dibawakan oleh MacpiePro.
Foto: MacpiePro
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





