Selepas 7 Tahun, Akhirnya, EXO D.O Dapat Pergi Bercuti, Seriuslah?!
Ahli EXO, D.O berkongsi satu berita gembira iaitu dia akhirnya dapat pergi bercuti setelah 7 tahun debut…
Ahli EXO, D.O berkongsi satu berita gembira iaitu dia akhirnya dapat pergi bercuti setelah 7 tahun debut.
Dalam satu temu bual di Star News, D.O sendiri berasa sangat teruja saat berkongsi berita itu.
“Selama tujuh tahun saya debut sebagai idol dan kemudiannya berlakon, saya sentiasa bekerja sedangkan ahli-ahli saya yang lain dapat pergi bercuti dan sebagainya.
“Namun, Januari ini saya akhirnya dapat pergi bercuti juga,” kongsinya.
Dia bagaimanapun masih belum membuat keputusan destinasi pelancongannya itu.
“Saya tak tahu lagi nak pergi mana, apa nak buat pun tak tahu. Saya selalu sangat sibuk jadi saya tak pernah terfikir apa yang patut saya lakukan semasa ‘bercuti’.
“Percutian itu adalah untuk enam hari tapi rasanya seperti 60 hari. Chanyeol ada mencadangkan supaya kami pergi bercuti bersama-sama tapi setakat ini saya masih belum bagi jawapan kepadanya.
“Mungkin saya akan pergi dengan ahli-ahli grup lain. Saya masih lagi berfikir dengan teliti bagaimana saya ingin menghabiskan masa selama enam hari dengan bermakna sekali,” katanya lagi.
Oh my! K-variety harap semog D.O bakal mempunyai memori paling indah semasa bercuti nanti.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






