Sering Diganggu Tak Sudah Selama 3 Tahun, Adik Kyuhyun Dedah Perangai Peminat Sasaeng Ini
Oh my! Rasanya perkara yang sangat menakutkan apabila diganggu oleh peminat psiko kan? Bayangkan kalau sering diganggu oleh peminat sasaeng 3 tahun lamanya…
Oh my! Rasanya perkara yang sangat menakutkan apabila diganggu oleh peminat psiko kan? Bayangkan kalau sering diganggu oleh peminat sasaeng 3 tahun lamanya.
Itulah yang dirasai oleh adik Kyuhyun yang merupakan salah seorang ahli Super Junior apabila dia mendedahkan bahawa dirinya, ahli keluarga dan abangnya sering diganggu oleh seorang peminat sasaeng ini.
Oleh kerana tidak tahan, dia akhirnya berkongsi segala perbuatan peminat tersebut di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Perkongsian itu menunjukkan bahawa peminat tersebut sering menelefon mereka, ‘stalk’ Kyuhyun dan ahli keluarga malah menghantar ugutan kepada mereka.
Daripada pendedahan itu juga menunjukkan peminat tersebut menggunakan IG untuk mengugut adik Kyuhyun.
Wow…tak sangka masih ada orang begini ya. Susulan itu, peminat meminta syarikat Kyuhyun, SM Entertainment untuk membantu menyelesaikan perkara ini.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



