SNSD Taeyeon Kehilangan Bapa Tercinta!
Ketua grup Girl’s Generation atau SNSD, Kim Taeyeon kehilangan bapa tercinta, hari ini…
Ketua grup Girl’s Generation atau SNSD, Kim Taeyeon kehilangan bapa tercinta, hari ini.
Menerusi laporan media, bapa Taeyeon meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan media.
“Dukacita dimaklumkan bapa Taeyeon meninggal dunia pada 9 Mac 2020. Semoga dia bersemadi dengan tenang.
“Tolong berikan kata-kata semangat buat Taeyeon. Dalam pada itu, rancangan untuk mengeluarkan single barunya, Happy akan ditunda hingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
“Mohon para peminat dapat memahami perkara ini. Taeyeon juga kini sibuk dengan upacara pengebumian bapanya dan dalam keadaan berkabung,” tulis kenyataan tersebut.
Semoga Taeyeon kekal tabah.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






