Song Ji Hyo Seronok Datang Ke Malaysia, Rasa Dihargai Peminat
Pelakon, Song Ji Hyo mengakui dia berasa cukup seronok dan teruja apabila berada di Malaysia…
Pelakon, Song Ji Hyo mengakui dia berasa cukup seronok dan teruja apabila berada di Malaysia.
Katanya, sambutan hangat yang diterima oleh peminat disini sangatlah best!
“Rasa macam baru je saya berada di Malaysia, tak rasa macam lima bulan lepas. Rakyat Malaysia sangat lah ramah dan best!
“Bila saya di Malaysia, sambutan peminat buatkan saya rasa amat dihargai,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Watson K-Beauty Festa yang berlangsung di Sentul Depot, hari ini.
Dia yang juga merupakan salah seorang ahli tetap program realiti Running Man hadir selaku duta rasmi jenama Glutanex yang merupakan salah satu jenama eksklusif di Watson Malaysia.
Sementara itu, Ji Hyo sempat berkongsi rutin kecantikannya dengan para peminat.
“Perkara asas adalah dengan membersihkan muka menggunakan produk pembersih Glutanex, kemudian saya menggunakan boosting cream.
Walaupun sudah berusia 42 tahun, Song Ji Hyo kekal cantik dan menawan serta tidak lokek dengan senyuman.
“Dari segi balm pula saya gunakan jenis aqua dan diakhiri dengan sunstick Glutanex,” kongsinya.
K-Beauty Festa berlangsung bermula hari ini iaitu 17 Mac sehingga 19 Mac namun peluang untuk Meet & Greet bersama aktres Song Ji Hyo hanyalah sehingga esok sahaja.

Jom ramai-ramai hadir memeriahkan event ini! Ada banyak free gift untuk dimenangi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




