“Suka Dengan Kehidupan Sekarang,” – Song Ji Hyo Dedah Tiada Perancangan Untuk Kahwin
Siapa je yang tak kenal dengan pemilik nama Song Ji Hyo kan?..
Siapa je yang tak kenal dengan pemilik nama Song Ji Hyo kan?
Bukan sahaja dia popular kerana program realiti Running Man malah dia sebenarnya seorang pelakon yang popular tau!
Memetik laporan Koreaboo, pelakon drama Emergency Couple itu mengakui tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Diri sendiri pun susah nak jaga jadi saya tak rasa boleh jaga orang lain sekarang ini. Saya selesa dengan kehidupan begini. Saya sukakannya!
“Melainkan ada orang yang boleh ubah fikiran saya, saya sangat bahagia sekarang. Lebih gembira hanya dengan anjing saya,” kongsinya.
Tambahnya lagi, dia tidak menganggap usia adalah berdasarkan nombor terutamanya setelah usianya mencecah angka 40 tahun ini.
“Saya tak set konsep untuk umur. Pada saya, bila dah cecah usia 40 an ini peratus untuk sembuh akan lebih perlahan tapi saya seronok begini.
“Saya merasakan boleh buat apa sahaja, boleh merasai perkara yang tak dapat dirasakan sebelum ini.
“Malah, saya boleh cabar diri saya untuk melakukan sesuatu jadi saya sangat sukakan diri saya sekarang,” katanya lagi.
Sementara itu, pelakon drama Princess Hour turut berkongsi perasaanya mengenai program realiti Running Man.
“Kalau lah saya tidak bersama Running Man dalam usia 40 an ini, mungkin saya tengah bekerja keras untuk program lain,” katanya.

Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






