Super Junior Bakal ‘Comeback’ Tanpa Kangin Dan Sungmin
Baru-baru ini, Elf (peminat Super Junior) dikhabarkan bahawa grup Super Junior bakal ‘comeback’ dengan album baru setelah kesemua ahlinya tamat latihan khidmat negara mereka…
Baru-baru ini, Elf (peminat Super Junior) dikhabarkan bahawa grup Super Junior bakal ‘comeback’ dengan album baru setelah kesemua ahlinya tamat latihan khidmat negara mereka.
Sejak itu, ramai yang tertanya-tanya sama ada grup tersebut akan kembali bersama kesemua ahlinya ataupun tidak. Rata-rata mereka ingin melihat kesemua 11 ahli comeback bersama-sama.
Namun harapan tersebut kini terkubur apabila label grup itu, Label SJ mengumumkan hanya 9 ahli akan comeback untuk tahun ini manakala Kangin dan Sungmin akan fokus kepada aktiviti individu mereka.
“Hai ini adalah label SJ, kami ingin mengumumkan aktiviti tahun ini untuk kesemua ahli Super Junior. Setelah berbincang, hanya 9 orang ahli yang akan meneruskan aktiviti berkumpulan iaitu Leetuk, Heechul, Yesung, Shindong, Siwon, Eunhyuk, Donghae, Ryeowook dan Kyuhyun untuk album ke-9 Super Junior.
“Kangin dan Sungmin tidak akan turut serta untuk comeback kali ini dan akan fokus dengan aktviti solo mereka.
“Setakat ini, kami masih lagi tarikh yang sesuai untuk comeback Super Junior dan berharap agar para peminat sabar menunggu dan terus menyokong ahli Super Junior,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




