Surat Khas BTS, RM Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Sentuh Hati Peminat
Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran ketua grup BTS, Kim Namjoon atau lebih dikenali sebagai RM yang ke-25…
Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran ketua grup BTS, Kim Namjoon atau lebih dikenali sebagai RM yang ke-25.
Susulan itu, kelihatan kesemua ahli grup dan peminat tidak putus-putus memberikan ucapan hari lahir buatnya.
Terharu dengan kasih-sayang yang diterima daripada peminat turut dikenali sebagai Army, RM memuat naik satu surat tulisan tangannya lewat malam semalam.
“Kepada Army, Adakah anda semua berada dalam keadaan sihat di musim hujan ini? Sejujurnya, saya tidak ingat menyambut hari lahir saya sebelum saya berumur 20 tahun.
“Jika dilihat kembali, ia adalah hari yang sangat istimewa dan pada masa yang sama membosankan. Apabila saya sedar yang hari jadi sebenarnya adalah untuk meraikan ibu bapa yang melahirkan kita daripada meraikan diri kita sendiri, saya merasa lebih lagi.
“Pada hari biasa, 12 September, saya terdengar ayat ini sebanyak 7 kali. Shakespears berkata ‘Kita dikenali menerusi rakan-rakan yang kita sayangi’.
“Saya sedar bahawa menerusi kamu yang saya sayangi, saya dikenali dan menjadi seorang yang sangat istimewa. Saya merasakan jika saya merupakan seseorang yang membolehkan korang semua dikebali menerusi kasih-sayang dan keikhlasan, perasaan yang tidak dapat digambarkan menerusi kata-kata akan dapat menyentuh hati seorang lagi.
“Tidak semua kasih-sayang yang anda bagi hari ini dapat saya saksikan tapi saya masih ingin berterima kasih kepada anda menerusi surat ini. Saya harap kita dapat merasa Bahagia walaupun untuk satu jam lagi. Saya sayangkan anda!” tulisnya.
Setakat ini, kesemua ahli BTS sedang bercuti selama 2 bulan daripada sebarang aktivitinya. Mereka akan menyambung kembali aktiviti seni pada hujung Oktober nanti.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



