Suspek Bunuh Bapa Samuel Kim Ditahan Polis!
Seorang lelaki dipercayai suspek utama kes kematian bapa kepada penyanyi, Samuel Kim ditahan polis di Mexico…
Seorang lelaki dipercayai suspek utama kes kematian bapa kepada penyanyi, Samuel Kim ditahan polis di Mexico.
Memetik Allkpop, polis menahan lelaki warga Mexico yang dikenali sebagai Roberto N, 50 tahun dan mendakwanya di bawah tuduhan membunuh.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa suspek juga merupakan kawan kepada mendiang Jose Arrendondo selama 20 tahun dan juga kemungkinan besar bahawa terdapat lebih daripada seorang suspek dalam kes ini.
Untuk pengetahuan, Arredondo dilahirkan di Mexico dan berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1977 dan bekerja sebagai penjual kereta di Los Angeles. Dia kemudian berkahwin dengan wanita warga Korea dan dikurniakan Samuel pada tahun 2002.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



