Taeyeon, Krystal & Jennie Dah Boleh Buat Grup ‘EXO Ex-Girlfriend’ Dah Kot?
Semalam, netizen dikejutkan dengan berita perpisahan ahli grup EXO, Kai dan Blackpink, Jennie setelah dikatakan bercinta selama 4 bulan sejak Oktober tahun lalu…
Semalam, netizen dikejutkan dengan berita perpisahan ahli grup EXO, Kai dan Blackpink, Jennie setelah dikatakan bercinta selama 4 bulan sejak Oktober tahun lalu.
Perkara itu turut disahkan oleh agensi Kai, SM Entertainment.
Berita itu sangat mengejutkan memandangkan hubungan tersebut baru sahaja diketahui ramai pada 1 Januari lalu.
Sebelum ini, Kai pernah berhubungan dengan rakan sesama agensi Krystal, namun hubungan itu tidak dapat bertahan lama kerana tuntutan kerja.
Selain Kai, ahli grup yang pernah terpalit kontroversi percintaan adalah Baekhyun dengan ketua grup Girl’s Generation, Taeyeon namun ia mendapat tentangan ramai ketika itu.
Dalam pada itu, Chanyeol juga turut terpalit kontroversi apabila komen terdahulunya yang membandingkan ahli grup Girl’s Generation dengan teman wanitanya ketika itu muncul kembali di media sosial.
Nampaknya sekarang, EXO-L dah boleh ‘take note’ lah siapa ex-girlfriend grup tersebut selepas ini ya.
Mungkin boleh wujud grup ‘EXO ex-girlfriend pula selepas ini?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



