Tak Popular Punca Kim Hanbin Tidak Disiasat Kes Dadah Pada Tahun 2016?
Setelah lama berdolak-dalih dan saling menyalahi sesama sendiri, akhirnya pihak pendakwa menjelaskan sebab mereka tidak menyiasat kes dadah melibatkan bekas ketua grup, iKON, Kim Hanbin pada tahun 2016 lalu…
Setelah lama berdolak-dalih dan saling menyalahi sesama sendiri, akhirnya pihak pendakwa menjelaskan sebab mereka tidak menyiasat kes dadah melibatkan bekas ketua grup, iKON, Kim Hanbin pada tahun 2016 lalu.
Tidak popular, itulah jawapan yang diberikan kepada umum setelah ramai yang mempersoalkan sebab pendakwa tidak menyiasat kes itu secara terperinci.
“Ketika kes tersebut diberikan kepada pendakwa, kami sedang menyiasat selebriti popular di YG Entertainment. Ketika itu, B.I (Kim Hanbin) tidak popular,” kata pihak pendakwa.
Jawapan tersebut nyata menimbulkan kemarahan netizen Korea Selatan yang mengatakan bahawa kini iKON sudah popular membuatkan pihak pendakwa ingin menyiasat kes tersebut.
Oh wow! K-variety sendiri tak tahu kata apa sebab kita sendiri tak tahu budaya masyarakat Korea Selatan macam.
Tapi, apa-apapun…semoga kebenaran akan keluar juga satu hari ini. iKONIC tetap percaya kepada Kim Hanbin kan?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




