“Tolonglah berhenti,” – Netizen Trauma Sering Diganggu Peminat Sasaeng…
Seorang netizen berkongsi pengalaman menakutkan yang terpaksa dihadapinya berikutan satu salah faham…
Seorang netizen berkongsi pengalaman menakutkan yang terpaksa dihadapinya berikutan satu salah faham.
Menerusi perkongsiannya di laman media sosial, peminat sasaeng EXO Chanyeol sering menggangunya kerana menyangkakan nombor telefonnya itu milik rapper tersebut.
Dia yang hanya dikenali sebagai Kim mengakui hidup dalam kesengsaraan kerana peminat sasaeng ini.
“Ini bukan nombor telefon EXO Chanyeol, berhentilah menelefon saya,” tulisnya.
Dia juga turut berkongsi bukti bahawa dia diganggu peminat sasaeng itu. Rata-rata memanggilnya dengan panggilan ‘Chanyeol Oppa’.
“Saya dapat teks mesej setiap beberapa saat. Badan saya akan menggigil ketakutan bila dengar telefon saya bergetar.
“Tolonglah berhenti menggangu saya,” pintanya.
Chanyeol kini sedang popular menerusi lakonannya di dalam drama Memories Of Alhambra memegang watak seorang genius komputer bernama Seju.
Sumber: Allkpop
Foto:Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




