“Total Tak Keluar TV Selama 9 Tahun, Saya Tak Tahu Jika Saya Masih Boleh Digelar Selebriti,” – JYJ Junsu Menangis Saat Terkenang Momen Selepas…
Ahli JYJ, Junsu meluahkan rasa penghargaannya terhadap peminat yang tak putus-putus menyokongnya selama ini semasa berakhirnya konsert solonya pada Ahad….
Ahli JYJ, Junsu meluahkan rasa penghargaannya terhadap peminat yang tak putus-putus menyokongnya selama ini semasa berakhirnya konsert solonya pada Ahad.
Dia juga sempat berkongsi momen kepayahan yang dilaluinya selepas meninggalkan grup TVXQ satu ketika dahulu.

“Saya sangat terharu kerana masih mempunyai peminat dalam usia belasan tahun kerana kalau difikirkan, saya tidak muncul di kaca TV selama 7 hingga lapan tahun, kemudian saya masuk pula khidmat tentera (army) selama 2 tahun.
“Saya tidak muncul di kaca TV selama 9 tahunlah keseluruhannya.
“Saya rasa saya bukan seorang selebriti kerana saya tidak lagi berada di kaca TV. Terfikir juga kalau saya ini betul-betul ke selebriti sedangkan wajah pun tiada kat TV.
“Saya juga tidak boleh menyanyikan lagu sendiri di ‘music show’, tidak pernah sekali pun. Jadi saya terfikir kalau saya boleh berterusan begini.
“Ini adalah keputusan yang saya buat. Tapi,saya tak tahu yang sya tidak akan boleh membuat persembahan atas pentas di kaca TV selama ini selepas kes (saman) itu.
“Pada saya tidak mengapa jika saya bersusah-payah namun untuk melihat peminat saya juga mengalami kesusahan sama adalah sangat sukar, terutama kerana kasih-sayang mereka yang kuat terhadap saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga pernah terfikir untuk berhenti dari industri kerana perkara tersebut.
“Bulan Januari… Februari tahun ini, saya pernah terfikir untuk berhenti menjadi idol kerana saya merasakan hanya menyusahkan korang semua.
“Tapi, berada di kaca TV tidaklah begitu penting. Apa yang penting adalah kita semua dapat ‘enjoy’ bersama-sama. Ada video kelak yang akan menunjukkan bahawa kita semua gembiora bersama-sama, itu salah satu caranya.
“Korang semua tak perlu mempertahankan saya, saya sangat sedih bila lihat korang (peminat) disakiti. Janganlah…Saya yang akan berusaha keras supaya kita semua dapat gembira bersama-sama,” katanya lagi.
sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





![[GAMBAR] Serius Suka Tengok Style Blackpink Jennie Ni, Tak Pernah Mengecewakan!](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2018/12/jennie-3.png?w=1200)