Uriah See Makin Bersinar, Salah Seorang Peserta Pertandingan Super Vocal Musim Kedua Dan Pelakon Utama Drama Bersiri Di Singapura
Penyanyi, Uriah See masih lagi boleh dilabelkan sebagai pendatang baru dalam industri apabila dia menyertai agensi Idea Music Entertainment namun siapa sangka perjalanannya sebagai anak seni semakin bersinar tahun ini…
Penyanyi, Uriah See masih lagi boleh dilabelkan sebagai pendatang baru dalam industri apabila dia menyertai agensi Idea Music Entertainment namun siapa sangka perjalanannya sebagai anak seni semakin bersinar tahun ini.
Dia dikhabarkan merupakan salah seorang daripada 36 finalis untuk satu program TV terbesar dan popular di China iaitu Super Vocal musim kedua yang merupakan sebuah pertandingan Opera.
Untuk pengetahuan, Uriah merupakan pemegang Diploma Muzik Klasikal Gred 8 dan juga sering didedahkan dengan music klasikal sejak kecil lagi.
“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, perasaan penyanyi itu berbelah bahagi kerana penglibatannya dalam program tersebut juga bercanggah dengan jadual penerbitan albumnya itu.

“Dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu akan bercanggah dengan jadual penerbitan album. Terus terang saya berada di dalam dilemma. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini.
“Saya yakinkan diri untuk merebut peluang ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Tentang penerbitan album baharu saya itu,” katanya lagi.
Sementara itu, Uriah juga turut berjinak-jinak dengan dunia lakonan apabila dia merupakan teraju utama dalam drama bersiri Fried Rice Paradise di Singapura.
“Mampu menjadi sebahagian dalam projek tersebut dan dipilih oleh Encik Dick Lee, saya sudah berasa bangga. Sepanjang menjalani penggambaran selama tiga bulan, saya banyak menimba pengalaman manis bersama barisan pelakon lain.
“Saya harap dapat bekerjasama dengan mereka lagi pada masa akan datang,” kata Uriah.
Dalam drama tersebut, Uriah berlakon sebagai Hennessy Goh, anak angkat seorang hartawan yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Beliau bekerja untuk ayahnya dan mendapat arahan daripada ayahnya untuk menggoda pelakon wanita utama agar menjualkan kedai runcitnya kepada mereka dengan harapan seluruh kawasan tersebut akan menjadi hab perniagaannya.
Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kerana Hennessy jatuh cinta dengan pemilik kedai runcit tersebut.
Dalam pada itu, Uriah juga merupakan salah seorang komposer lagu Listen To Your Voice yang dinyanyikan oleh Victor Wong dan Azora Chin.
Wow! Hebat betul bakat Uriah ini. Semoga dia terus sukses ya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






