10 Fakta Menarik Mengenai Grup INFINITE
Dengan sambutan ulang tahun ke-15, kumpulan ini kembali aktif, membawa kejutan buat Inspirits terutamanya di Malaysia…

Setelah lebih sedekad mengukir nama sebagai salah satu kumpulan K-pop terulung, INFINITE terus memikat peminat mereka dengan muzik, persembahan, dan gaya unik mereka. Dengan sambutan ulang tahun ke-15, kumpulan ini kembali aktif, membawa kejutan buat Inspirits terutamanya di Malaysia.
Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai INFINITE yang pasti mengingatkan kita betapa istimewanya kumpulan ini:
- Debut pada Generasi kedua K-Pop
Kumpulan ini debut pada 2010 dengan album First Invasion, memperkenalkan genre pop dengan elemen elektronik yang segar pada masa itu. Debut dari agensi yang kecil, INFINITE masih mampu memberikan saingan buat grup K-Pop generasi kedua ketika itu. - Koreografi Tepat & Sama
Tarian ikonik “Scorpion Dance” dari lagu “BTD” menjadi bukti kehebatan koreografi mereka, yang sering dipuji kerana keseragaman luar biasa. Malah, setiap kali muncul di rancangan realiti televisyen, ramai yang memuji ketepatan dan persamaan tarian mereka tidak kiralah dalam versi biasa atau 2x lebih laju. - Populariti Global
INFINITE adalah kumpulan K-pop pertama yang menduduki carta Billboard Twitter Emerging Artists, menunjukkan pengaruh global mereka. Malah, walaupun sudah berada di dalam industri selama 15 tahun, peminat mereka masih lagi kekal utuh.

- Kombinasi Vokal Memukau
Dikenali dengan harmoni yang sempurna, mereka menunjukkan kematangan vokal dalam lagu-lagu seperti “Back” dan “The Chaser.” Tidak dinafikan bahawa kehebatan vokalis utama grup ini iaitu Kim Sungkyu ternyata bukanlah beshe-beshe, tapi ahli lain pun boleh tahan juga. Kesemua mereka melengkapi bakat masing-masing. - Ahli Berbakat
Setiap ahli, termasuk Sungkyu (pemimpin) dan L (pelakon terkenal), membawa identiti unik ke dalam kumpulan. Malah, setiap ahli pun ada jadual masing-masing. Tahun ini sahaja, Kim Sungkyu dan Nam Woo Hyun dah buat konsert solo mereka di Malaysia.

- Hubungan Rapat dengan Inspirits (peminat)
Inspirits, nama fanbase mereka, menggambarkan keakraban kumpulan ini dengan peminat melalui interaksi yang konsisten. Malah, kalau korang dah pernah pergi konsert atau fan-meeting mereka, fan-service yang dorang beri pada peminat memanglah terbaik! - Konsert yang Luar Biasa
Konsert mereka menawarkan persembahan beremosi, diperkaya dengan pencahayaan yang hebat dan setlist berimpak tinggi. Lagi satu, walaupun masing-masih dah dalam lingkuran umur 30-an, masing-masing masih bertenaga ya atas pentas!

- Lagu dengan Mesej Mendalam
Lirik mereka sering membawa mesej motivasi, seperti dalam lagu “Man in Love” yang menggambarkan kebahagiaan dalam percintaan. - Pencapaian Anugerah
Mereka telah memenangi banyak anugerah, termasuk Best Male Group di MAMA, yang mengukuhkan status legenda mereka. - Konsert di Malaysia
INFINITE kembali ke Malaysia untuk pertama kali sebagai kumpulan penuh dalam 12 tahun! Nantikan 15th Anniversary Limited Edition Concert Tour pada 22 Februari 2025 di Mega Star Arena KL, jam 8 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan bersejarah ini!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K