Lepas Rindu 7 Tahun, Konsert Taeyang Memang Ending Terbaik 2024!
Konsert Taeyang 2024 Tour [The Light Year] pastinya satu konsert yang ditunggu-tunggu VIP, apa taknya, kali terakhir konsert solo Taeyang adalah pada 2017 kot!…

Konsert Taeyang 2024 Tour [The Light Year] pastinya satu konsert yang ditunggu-tunggu VIP, apa taknya, kali terakhir konsert solo Taeyang adalah pada 2017 kot!
Boleh kata memang full house ya konsert yang bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Disember lalu! Semua VIP (peminat Big Bang) memakai pakaian mengikut tema iaitu hitam, putih dan aksesori kuning.

Nak tahu kenapa Min cakap konsert Taeyang ni ending terbaik untuk tahun 2024? Meh sini min senaraikan sebab dia:
Energi VIP memang next level ya! Dah lah penuh stadium, pastu sorakan memang kuat bethol! Dari awal sampailah habis, memang suara jeritan maintain je. Taeyang pun approve ya!
“Rasanya, fans Malaysia memang paling best! Sepanjang konsert jelajah ni. Mantap!” kata Taeyang.

Lagu-lagu yang Taeyang perform pada malam konsert memang betul-betul serving untuk VIP. Dari lagu solo seperti Wedding Dress, I need A Girl, Shoong, Vibe, Eyes Nose Lip dan banyak lagi hinggalah ke lagu grup dia iaitu Big Bang.
“Izinkan saya untuk nyanyikan juga lagu-lagu dari kumpulan Big Bang, tapi saya nak minta tolong korang semua (VIP) untuk nyanyi sama-sama. Saya tak boleh buat sorang-sorang,”katanya.
Taeyang tak payah minta pun memang VIP dah sing along untuk semua lagu. Masa pembukaan lagu Bang Bang Bang, memang VIP dah start berdiri dan bersorak. Elok je lagu tu habis terus sambung pula lagu Fantastic Baby. Korang boleh bayang kot macam mana situasi time tu. Macam tengah relive konsert MAMA (minus GD & Daesung je)

Haaa.. ada kejutan untuk VIP apabila Taeyang menyanyikan lagu Legenda Jazz tanah air iaitu Datuk Sheila Majid bertajuk Antara Anyer dan Jakarta cuma liriknya dia ubah kepada Antara Seoul dan Malaysia. Clear ya sebutan Bahasa Melayu oppa!
Selain Taeyang, turut mendapat perhatian adalah Kwon Twins iaitu Deukie dan Tony. Bila dorang keluar dan menari sebelah Taeyang boleh nampaklah VIP bersorak tu lain macam. Sampai ada yang confuse nak record mana satu.

Fan service Taeyang memang manterp! Habis setiap pelosok pentas dia pergi. Apa yang fans minta semua dia buat. Bayangkan, VIP minta dia nyanyi lagu Home Sweet Home… walaupun serba-salah tetap dia nyanyi.
“Saya tak berapa ingat sangat lirik dia, saya nyanyi part saya je ya?” katanya.
Katanya dia akan cuba datang dengan kerap ke Malaysia. Dan tentunya VIP minta supaya lepas ni dia bawak sekali dua orang kawan dia tu.
“Korang memang best! Saya minta maaf sebab ambil masa 7 tahun untuk datang balik ke Malaysia. Saya akan cuba datang dengan kerap ke sini. Apa dia? Big Bang? Saya cuba,” katanya.

Taeyang berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan peminat. Namun dia turut terkejut bila VIP boleh faham bila dia tercakap Bahasa Korea.
“Oh, korang semua boleh faham ek Bahasa Korea?” katanya. Terdapat juga banner digantung khas untuk Taeyang mengatakan “Taeyang yang sentiasa hot, terima kasih sebab datang ke Malaysia. Bila lagi agaknya kita akan berjumpa? Kami akan tunggu anda.”

Fuh, walaupun Taeyang menyanyikan lebih 25 lagu pada malam itu, energi dia masih lagi mantap. Anyways, terima kasih pada penganjur iaitu Dream Factory Entertainment kerana membuatkan VIP yang hadir tidur lena pada malam Sabtu.

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K