“Malaysia Daebak!” – Ini Antara Perkara Menarik Konsert CNBLUE Live In Asia – Voyage into X di Malaysia!
Malaysia daebak!” itulah yang diucapkan oleh anggota band CNBLUE kepada semua Boice Malaysia yang hadir untuk konsert mereka…

“Malaysia daebak!” itulah yang diucapkan oleh anggota band CNBLUE kepada semua Boice Malaysia yang hadir untuk konsert mereka yang bertempat di Arena of Stars, Genting Highland pada 7 Disember lalu.
Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua band yang dianggotai oleh Yonghwa, Minhyuk dan Jungshin itu menjejakkan kaki ke Malaysia untuk tahun 2024! Pada April lalu, mereka juga turut membuat satu konsert di tanah air.
Sebab itu ramai yang kata, dorang ni tunaikan janji sebab cakap akan datang lagi ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa-apapun, jom kita tengok apa perkara menarik yang terjadi semasa konsert ini.

Pertama kali mengadakan konsert luar dari Kuala Lumpur, Yonghwa kelihatan teruja untuk lihat energi peminat.
“Buat konsert kat Genting Highland ni mesti lagi best kan?” katanya.
Tema kaler untuk konsert adalah merah & hitam atau merah & putih. Macam pengawas sekolah, kesemua ahli band itu check tau jika Boice yang hadir datang ikut tema warna. Pastu bila ada peminat tanya mana kaler theme dorang, Jungshin tunjuk jam dia warna merah. Minhyuk pula ada bandana merah di kaki manakala Yonghwa ada klip merah di bajunya.
Tak sia-sia Boice ajar CNBLUE cakap Bahasa Melayu untuk konsert lepas sebab untuk konsert kali ini, dorang lagi konfiden cakap BM tau. Bunyi pun dah macam lokal, if lama sikit memang bolehlah stay kat Malaysia.
Antara yang disebut mereka adalah “Baik sayang”, “Jerit semua”, “Apa khabar” dan yang paling dorang suka sebut adalah “Mantap”.
Ada satu part tu, Yonghwa cakap “Terima Kash”, mujurlah Boice cepat-cepat betulkan. Dorang memang laju je belajar.

Fan-service dorang memang mantap ya! Jungshin ikut je permintaan peminat yang nak dia buat aksi aegyo.
Yonghwa sempat nyanyi lagu A Sleepless Night tapi dalam versi Bahasa Melayu. Dia dah lama rancang, kita je yang lalai!
Masa encore, fans nyanyi lagu Let’s Go Crazy. Terus Yonghwa ambil gitar dan menyanyi sekali! Weh! Pastu dorang cakap Boice Malaysia memang mantap!
Jungshin pun sempat juga ajar Boice sebut Daebak. Dia tak tahu ke kita semua memang dah terer cakap Korea? jkjk

Energi dorang atas pentas memang lah hebat ya! Min tak sedar pun masa berlalu. Tau-tau je Yonghwa cakap dah lagu terakhir.
Apa-apapun, memang best sangat performance CNBLUE untuk konsert dorang kali ini. Semoga lepas ini CNBLUE akan datang lagi dan terima kasih pada penganjur, Absolute Technical Production dan Sparkling Star kerana bawa oppa kesayangan Boice ke Malaysia.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K