Sasaeng Dedah Enhypen Jungwon & Aespa Winter Bercinta, Agensi Pantas Bertindak!
Kecoh apabila sasaeng (peminat fanatik) mendedahkan bahawa dua ahli grup K-pop popular iaitu Enhypen Jungwon dan Aespa Karina dilaporkan bercinta…

Kecoh apabila sasaeng (peminat fanatik) mendedahkan bahawa dua ahli grup K-pop popular iaitu Enhypen Jungwon dan Aespa Winter dilaporkan bercinta.
Ini semua gara-gara sasaeng tersebut berkongsi foto Winter dan Jungwon minum bersama-sama di sebuah bar di kawasan Cheongdam. Dikhabarkan, Jungwon membayar untuk date tersebut dan menyuruh Winter keluar dahulu bagi mengelakkan diketahui orang.


Bagaimanapun, kedua-dua agensi iaitu Belift Lab dan SM Entertainment menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
“Khabar angin itu tidak berasas! Individu yang menyebarkannya (khabar angin) itu bertujuan untuk mendapatkan duit daripada kami (SM Entertainment) malah dia juga cuba untuk menghubungi kami secara peribadi namun kami tidak melayan permintaan tersebut. Kami akan mengambil tindakan tegas,” kata kenyataan dari SM Entertaiment.
“Khabar angin bercinta adalah tidak benar. Belift Lab akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganggu privasi artis kami atau menyebarkan berita palsu,” kata kenyataan dari Belift Lab.
Dalam pada itu, di laman X, baik Engene (peminat Enhypen) memberikan sokongan pada artis kesayangan mereka.
Sementara itu, turut terpalit isu bercinta adalah anggota Enhypen iaitu Jay apabila foto dia makan malam dengan seorang wanita muncul di laman Weibo. Malah dia juga dilihat berpegangan tangan dengan wanita tersebut.
Bagaimanapun, peminat mengatakan bahawa wanita itu adalah ibu Jay.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K