7 Sebab Kenapa Anda Kena Pergi Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur!
Running Man bukan sekadar sebuah program, tetapi fenomena global….

Buat peminat rancangan Korea Selatan yang telah menemani dunia hiburan selama lebih sedekad, Running Man bukan sekadar sebuah program, tetapi fenomena global.

Bayangkan, min sendiri start tengok drama ni dari zaman universiti dan sehingga sekarang masih lagi ada penonton setia mereka.
Berita baik untuk para peminat rancangan realiti Running Man sebab keenam-enam ahli mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk satu event, Running Man Run 2 U Live in Kuala Lumpur!
Meh sini, min share 7 sebab kenapa korang kena pergi event ni!
Dapat Jumpa 6 Selebriti Popular Running Man
Dari Jee Seok Jin hingga Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo, Yoo Jae Suk, dan Yang Se Chan, ini peluang anda untuk bertemu mereka semua secara langsung!
Yoo Jae Suk dan Yang Se Chan Pertama Kali ke Malaysia
Hos kegemaran ramai ini akhirnya akan menjejakkan kaki ke Malaysia. Siapa tak teruja nak lihat gelagat mereka secara dekat?
Kali Terakhir Running Man Datang? 7 Tahun Lepas!
Lama betul kita menunggu! Jangan lepaskan peluang ini kerana kita tak tahu bila lagi mereka akan kembali.
14 Tahun Bertahan dan Capai Episod Ke-732
Running Man bukan rancangan biasa—ia legenda yang terus relevan walaupun bertahun lamanya.

Ji Hyo Dah Selalu ke Malaysia, Dah Boleh Jadi Lokal!
Ini bukan kali pertama Song Ji Hyo datang, tapi setiap kali dia hadir, peminat pasti tak pernah jemu.
Aksi-Aksi Lucu dari Mereka Semua
Siap sedia untuk gelak tak berhenti dengan jenaka spontan dan keletah mereka yang ikonik!
Jangan Lepaskan Peluang!
Nak tahu kat mana event ni? Check kat bawah!
Tarikh: 15 Februari 2025
Masa: 5:00 PM
Tempat: MIECC, Mines International Exhibition and Convention Centre
Harga Tiket: RM 958 / RM 858 / RM 688 / RM 488 / RM 388 / RM 288
Jualan Tiket Bermula: 26 Disember, jam 12:00 tengah hari
Laman Tempahan: my.bookmyshow.com


Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K