2026 MONSTA X WORLD TOUR [THE X: NEXUS] to Kuala Lumpur!
Setelah penantian panjang selama 7 tahun, kerinduan peminat tegar K-Pop di tanah air akhirnya terubat…
![2026 MONSTA X WORLD TOUR [THE X: NEXUS] to Kuala Lumpur!](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2026/04/k-variety-malaysia-12.png?w=1200)
Setelah penantian panjang selama 7 tahun, kerinduan peminat tegar K-Pop di tanah air akhirnya terubat apabila kumpulan kental, MONSTA X, kembali menjejakkan kaki ke pentas Malaysia! Walaupun kehadiran mereka kali ini tidak lengkap tanpa maknae tersayang, I.M, yang sedang menjalani latihan ketenteraan, aura dan tenaga yang dibawa oleh lima ahli yang lain tetap luar biasa.
Tenaga Luar Biasa Walau Tanpa Maknae
Shownu, Hyungwon, Joohoney, Kihyun, dan Minhyuk membuktikan mengapa mereka digelar raja persembahan. Sebaik sahaja lampu stadium dimalapkan, sorakan peminat memecah sunyi saat lagu ikonik “Dramarama” mula berkumandang. Memang jelas kelihatan para peminat (MONBEBE) melepaskan rindu yang sudah lama terpendam!

Solo Stage: Dari Vokal Hingga Petikan Gitar
Bukan sekadar persembahan berkumpulan, setiap ahli turut diberi ruang untuk bersinar melalui solo stage:
Vokal & Tarian: Ada yang memukau dengan teknik vokal yang mantap.
Aksi Instrumental: Kejutan buat peminat apabila ada ahli yang beraksi dengan petikan gitar!

Momen ‘Hot’: Paling mencuri tumpuan sudah semestinya persembahan solo Hyungwon. Gaya tariannya yang sangat bold dan memukau buat ramai yang hampir “pengsan” kerana terlalu teruja!
Dekat di Hati Peminat (Literally!)
Apa yang membuatkan konsert [THE X : NEXUS] kali ini cukup istimewa adalah usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan peminat. Mereka tidak hanya berada di pentas utama, malah sanggup turun dari pentas dan naik ke tingkat atas stadium semata-mata mahu berada dekat dengan MONBEBE.

Min happy betul ya sebab min dapat high-five Hyungwon dengan Joohoney. Mula-mula macam dah terlepas peluang sekali dorang patah balik memang terus lah min kedepan.
“Shoot Out”, “Alligator” & Mood Raya
Konsert tidak akan lengkap tanpa lagu-lagu berhantu mereka seperti “Shoot Out” dan “Alligator”. Getaran di stadium semakin terasa apabila MONSTA X meminta semua peminat berdiri dan melompat bersama-sama. Memandangkan kita masih lagi dalam mood raya, suasana meriah itu terasa seperti satu sambutan besar-besaran!

Janji Untuk Kembali
Sebelum tirai dilabuhkan, MONSTA X sempat menitipkan janji untuk kembali lagi ke Malaysia pada masa hadapan. Hyungwon dengan nada berseloroh sempat berkata:
“Saya tak nak balik hari ini!”
Walaupun terpaksa pulang ke Korea, memori indah malam itu pastinya akan kekal dalam hati setiap peminat yang hadir. Semoga selepas ini, MONSTA X akan kembali lagi dengan formasi lengkap berenam. Jumpa lagi, Boys!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K