Fuh Bersemut! Lee Je Hoon ‘Gula-Gulakan’ Peminat di Kuala Lumpur, Siap Sembang Pasal Harga Minyak!
Sabtu lalu, 11 April 2026, ruang Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan cinta apabila…

Sabtu lalu, 11 April 2026, ruang Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan cinta apabila pelakon berkaliber Korea Selatan, Lee Je Hoon, singgah ke Malaysia untuk siri jelajah 2026 LEE JE HOON FANMEETING 「Our 20th Moment」.
Min yang hadir pun rasa macam nak luruh jantung! Memang flirty habis abang teksi kita kali ni. Senyum min sampai ke telinga bila terkenangkan betapa banyaknya love heart yang dilemparkan buat peminat yang hadir.
Kejutan Suit Putih & ‘Fan Service’ Luar Biasa
Sejak awal lagi, Lee Je Hoon dah bagi kejutan yang tak disangka-sangka. Ingatkan dia keluar dari pentas, rupa-rupanya dia muncul dari pintu belakang! Sambil menyanyikan lagu romantis daripada Paul Kim, dia berjalan melintasi peminat dengan persalinan suit putih yang cukup segak. Hamboih, memang pandai betul dia ‘gula-gulakan’ perasaan kita semua dengan lambaian mesra tu!

Antara momen yang paling membuatkan satu dewan menjerit histeria:
- Segmen Bunga: Ada peminat bertuah terpilih untuk menerima bunga terus dari tangan Oppa. Min pun pelik macam mana mereka boleh tenang, kalau min yang kena, rasanya dah pengsan kat situ juga!
- Heartbeat 178: Ada seorang peminat punya heartbeat sampai mencecah 178 bpm tau masa berinteraksi dengan dia. Debar dia memang lain macam!

“First Time Buat Dua Kali!” – Challenge Overdrive & Isu Minya
Bukan setakat berlakon, Lee Je Hoon juga sempat menyahut cabaran dance challenge Overdrive. Apa yang istimewanya, dia kena menari sebanyak dua kali tau!
“First time saya kena buat dua kali challenge ni, kat Malaysia je,” selorohnya sambil tertawa.
Namun, suasana bertukar sedikit ‘serius’ tapi melucukan apabila ada peminat membangkitkan isu harga minyak naik. Tak sangka, Oppa pun terkesan juga ya!
“Kat Korea pun terkesan juga perkara ni. Saya ada 6 buah kereta nak kena isi minyak, terkejut jugak lah tengok amaun tu. Tapi saya tak boleh cakap lebih-lebih, nanti jadi isu politik pula,” katanya dalam nada bergurau yang disambut dengan gelak tawa penonton.

Penutup Yang Syahdu
Sebagai tanda penghargaan buat peminat yang menyokong kariernya selama 20 tahun, bintang Taxi Driver ini mengakhiri pertemuan tersebut dengan lagu “Beautiful Life” (nyanyian asal Crush). Suasana jadi cukup syahdu dan bermakna buat semua yang hadir.
Memang memorable habis fan meeting kali ni. Siapa yang tak datang tu, jangan jeles ya tengok gambar-gambar Oppa yang makin awet muda ni! Kita doakan semoga Lee Je Hoon cepat-cepat datang Malaysia lagi.
Terima kasih, Oppa! Saranghae!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K