Makan Satay & Mengidam ke Batu Caves: Sisi Comel Taeyong Sempena Konsert Jelajah Asia di Kuala Lumpur!
Pada petang Sabtu, 11 April 2026, IDEA LIVE ARENA telah menjadi saksi kehebatan ketua kumpulan NCT, Taeyong, dalam konsert solo yang cukup dinantikan…

Pada petang Sabtu, 11 April 2026, IDEA LIVE ARENA telah menjadi saksi kehebatan ketua kumpulan NCT, Taeyong, dalam konsert solo yang cukup dinantikan. Bermula tepat jam 5 petang, para peminat disajikan dengan persembahan bertaraf dunia yang menggabungkan vokal, rap, dan tarian yang memukau!
Meskipun bermula tepat jam 5 petang, suasana di dalam arena sudah pun ‘panas’ dengan sorakan peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan idola kesayangan mereka. Menariknya, pemasaan konsert kali ini sangat mesra peminat tempatan, bak kata orang, ‘mula lepas Asar, selesai sebelum Maghrib’!

Interaksi Manis & Kejutan Buat Peminat
Taeyong membuktikan dia bukan sekadar penghibur hebat, malah seorang yang sangat menghargai peminatnya. Sepanjang konsert, dia kerap berinteraksi dengan melambaikan tangan dan memberikan simbol ‘heart’ ke semua peminat baik di tingkat bawah dan juga di atas.
Kemuncak interaksi tersebut adalah apabila Taeyong memberikan kejutan istimewa sebelum melabuhkan tirai dengan melontarkan bola-bola kecil yang ditandatangani sendiri olehnya kepada peminat bertuah sebagai kenang-kenangan.

Cabaran “Move Mood Mode”
Antara momen yang mencuit hati adalah sewaktu segmen ment (ucapan), di mana Taeyong sempat mengusik peminat. Sambil tertawa, dia berseloroh bahawa masih ada peminat yang tidak menghafal lirik lagu “Move Mood Mode”. Berani ek datang konsert tak hafal lirik.
Enggan mengalah, para peminat (Tyongf) segera membuktikan sebaliknya dengan menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat. Terharu dengan respon tersebut, Taeyong bersetuju untuk menyanyikan semula bahagian lagu tersebut sekali lagi bersama seluruh arena.

Satay & Keinginan Ke Batu Caves
Walaupun sibuk dengan jadual konsert, Taeyong sempat berkongsi sisi peribadinya mengenai Malaysia. Beliau mendedahkan bahawa dia sangat menyukai satay! Namun, ada sedikit nada terkilan apabila dia menyatakan hasrat untuk melawat Batu Caves tidak kesampaian kerana kekangan masa. Next time datang lagi ya, Taeyong!
Tenaga Tanpa Henti
Apa yang paling mengagumkan sepanjang malam itu adalah stamina Taeyong. Walaupun perlu menyampaikan bait-bait rap yang pantas dan koreografi yang mencabar, tenaganya langsung tidak berkurang. Dia kelihatan sangat teruja (hyped up) dalam setiap lagu, sekaligus membuatkan seluruh arena turut merasai aura positif dan keseronokan yang luar biasa.
Seperti biasa, sebelum undur diri Taeyong sempat berjanji untuk datang lagi, moga-moga dia akan bawa grup NCT ya next time!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K