WOODZ ‘Gempak’ Habis! Pukau Peminat Malaysia Dengan Lagu & Stage Yang ‘Sempurna’!
Selepas tiga tahun menanti, pemuzik serba boleh dari Korea Selatan, WOODZ (Cho Seungyoun), akhirnya kembali menggegarkan ibu kota…

Selepas tiga tahun menanti, pemuzik serba boleh dari Korea Selatan, WOODZ (Cho Seungyoun), akhirnya kembali menggegarkan ibu kota menerusi konsert “2026 WOODZ WORLD TOUR ‘Archive. 1’ IN KUALA LUMPUR” yang berlangsung malam tadi.
Dianjurkan oleh iMe MY, konsert yang merupakan antara jelajah pertama beliau selepas tamat latihan khidmat negara ini berjaya mengumpulkan ribuan peminat setia yang dikenali sebagai MOODZ, sehingga memenuhi ruang acara dengan tenaga yang cukup luar biasa.

Kehebatan ‘All-Rounder’ & Kejutan Lagu Melayu
WOODZ memulakan persembahan dengan penuh bertenaga bersama band pengiring secara langsung melalui lagu “Bloodline”, disusuli dengan trek berentak rock seperti “Downtown” dan “Dirt On My Leather”. Sorakan peminat semakin memuncak apabila lagu hit viral beliau, “Drowning”, mula berkumandang.
Namun, kejutan paling bermakna malam itu adalah apabila WOODZ mempersembahkan lagu Melayu nyanyian asal, Insomniaks bertajuk “Sempurna”. Dengan sebutan yang jelas dan penuh penghayatan, momen tersebut menjadi salah satu saat paling menyentuh hati apabila seluruh arena menyanyi bersama-sama. Beliau sempat mengucapkan, “Terima Kasih, Sayang Kamu,” yang membuatkan hati para peminat cair!

Fasih Berbahasa Melayu: “Korang Sangat Cantik!”
Sepanjang konsert, WOODZ tidak henti-henti memuji kekuatan vokal peminat Malaysia. Malah, beliau sempat berinteraksi menggunakan pelbagai slanga dan bahasa Melayu yang dipelajarinya:
“Sayang kamu! Sayang! Gempak! Syiok! Hari ini memang best! Mantap! Korang sangat cantik!” seloroh beliau yang disambut dengan hilai tawa dan sorakan peminat.
Beliau turut meluahkan rasa syukur kepada MOODZ yang tetap setia menantinya sepanjang tiga tahun berehat untuk tugasan ketenteraan. “Tiga tahun bukan masa yang singkat. Terima kasih kerana tidak tinggalkan saya. Saya sangat rindu anda semua,” katanya dalam nada emosi.

Fan Service Kelas Pertama
WOODZ membuktikan kualitinya sebagai penghibur dengan memenuhi permintaan lagu daripada peminat secara spontan (a cappella). Beliau menyanyikan korus lagu “CINEMA” sebanyak tiga kali, malah mencabar dirinya menyanyikan nota tinggi dalam lagu “Drowning” juga sebanyak tiga kali secara langsung!
Kagum dengan harmoni suara peminat, WOODZ sekali lagi memuji, “Korang menyanyi lagi sedap dari saya, mantap!”

Penutup Yang Sempurna
Selepas lebih dua jam beraksi tanpa menunjukkan tanda-tanda kepenatan, WOODZ melabuhkan tirai konsert dengan lagu “Stray”. Konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik, malah satu “arkib” memori indah yang akan terpahat lama dalam hati peminat di Malaysia.

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K