’97- Liner’ Idol Kantoi Ke Kelab Malam Itaewon? Jungkook Keluar Permohonan Maaf!
Media Korea Selatan iaitu Dispatch melaporkan bahawa idol dari empat kumpulan popular di negara itu kantoi ke kelab malam walaupun pandemik Covid-19 masih berleluasa…
Media Korea Selatan iaitu Dispatch melaporkan bahawa idol dari empat kumpulan popular di negara itu kantoi ke kelab malam walaupun pandemik Covid-19 masih berleluasa.
Dipercayai, dalam kejadian pada 25 April itu melibatkan ’97-liner’ iaitu BTS Jungkook, Seventeen Mingyu, Astro Cha Eun Woo dan NCT Jaehyun.
Pertemuan yang bermula di sebuah restoran kemudian beralih kepada kelab malam.
Dalam pada itu, kerajaan Korea mengeluarkan arahan agar mereka yang ke kelab malam pada tarikh 24 April hingga 6 Mei supaya kuarantinkan diri mereka di rumah. Kesemua mereka menjalani ujian swab Covid-19 dam keputusannya adalah negatif.
Bagaimanapun, dipercayai Cha Eun Woo dilaporkan mengikuti promosi bersempena comeback grupnya serta Jaehyun pula masih aktif sebagai pengacara di Inkigayo. Manakala Jungkook dan Mingyu pula tiada aktiviti rasmi bersama grup mereka.
Sementara itu, ahli termuda BTS iaitu Jungkook mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengakui pemergiaannya ke kelab malam di Itaewon.
Sumber: Dispatch
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






