Pelakon Drama Chicago Typewriter Meninggal Dunia
Pelakon, Park Ji Hoon, 31 tahun meninggal dunia akibat kanser perut…
Pelakon, Park Ji Hoon, 31 tahun meninggal dunia akibat kanser perut.
Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga pelakon yang juga merupakan seorang model di laman Instagram miliknya.
“Kami berkongsi mesej ini sekiranya ada sesiapa yang kami terlupa untuk bagitahu.
“Kami berterima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan terhadap kami di saat waktu yang sukar terutamanya semasa wabak Covid-19 ini.
“Kerana anda semua, kami tidak keseorangan menghantar adik lelaki saya ke syurga.
“Sokongan anda sangatlah bermakna buat saya dan keluarga. Kami tidak akan melupakannya.
“Saya mohon agar anda semua sentiasa berhati-hati semasa musim wabak ini dan sihat sentiasa,” tulisnya.
Park Ji Hoon sebelum ini pernah membintangi drama Chicago Typewriter meninggal dunia pada 11 Mei lalu.
Sumber: Instagram
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






