We Are One. EXO, Let’s Love!” – Ini Pesanan Terakhir EXO, Suho sebelum Masuk Tentera
Tanggal 14 Mei 2020 merupakan tarikh keramat pada EXO dan peminat kumpulan itu yang turut dikenali sebagai EXO-L…
Tanggal 14 Mei 2020 merupakan tarikh keramat pada EXO dan peminat kumpulan itu yang turut dikenali sebagai EXO-L.
Apa tidaknya, tarikh itu menyaksikan ketua grup yang popular dengan lagu Call Me Baby itu memasuki tentera bagi menjalankan latihan khidmat negaranya.
Awal pagi tadi, Suho memuat naik foto di laman Instagramnya iaitu ‘lightstick’ EXO beserta kapsyen seolah-olah meninggalkan pesan buat peminat.
“We are one, EXO saranghaja (Lets love)” tulisnya.
Susulan itu, peminat mendoakan agar Idol itu selamat selamat kembali dan akan menanti kepulangannya.



Untuk pengetahuan, ayat tersebut juga sangat sinonim dengannya kerana itu adalah slogan yang sering diucapkannya saban tahun.
Suho atau nama sebenarnya Kim Jun Myeon, 29 tahun merupakan ahli ketiga menyertai tentera selepas Xiumin dan D.O.
Dia juga sebelum ini turut mengumumkan tarikh kemasukannya ke dalam tentera pada awal Mei lalu.
Sumber: Instagram
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






