Ada Yang Tak Puas Hati Bila Yuna Kolaborasi Dengan Epik High? Tapi…
Penyanyi, Yuna bakal melakar sejarah sekali lagi menerusi kolaborasi terbarunya dengan kumpulan hip hop popular Korea Selatan, Epik High…
Penyanyi, Yuna bakal melakar sejarah sekali lagi menerusi kolaborasi terbarunya dengan kumpulan hip hop popular Korea Selatan, Epik High.
Dalam satu rancangan vlive grup tersebut baru-baru ini, hanya kata-kata pujian yang diberikan penyanyi lagu Happen Ending kepada Yuna.
“Dia dikenali sebagai protege kepada Pharell William dan juga merupakan seorang yang sangat bagus.
“Ton suaranya sangat best dan dia menyempurnakan sebuah lagu yang ‘awesome’ bersama Epik High,” kata Tablo.
Selain Yuna, Epik High yang dianggotai oleh Tablo, Dj Tukutz dan Mithra Jin turut berkolaborasi dengan BTS, Suga.
Sementara itu, ternyata kolaborsi dua negara ini ada yang tidak senang hati dan menganggap Yuna berkolaborasi dengan grup ‘Kpop’.
Mujurlah ada yang memberikan sokongan kepada Yuna dan tidak sabar untuk melihat bagaiamana kolaborasi antara kedua-dua mereka.
Album ‘Sleepless’ ini bakal keluar pada 11 Mac nanti.
Foto: Carian Google & Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





