Itzy Dikatakan Tiru Blackpink, Tapi…
Grup Itzy baru sahaja debut dengan lagu Dalla Dalla namun sudah memecahkan beberapa rekod sebagai grup rookie tahun ini…
Grup Itzy baru sahaja debut dengan lagu Dalla Dalla namun sudah memecahkan beberapa rekod sebagai grup rookie tahun ini.
Uniknya Itzy apabila mereka muncul dengan konsep yang sedikit garang berbanding konsep comel dan ‘high school’ seperti yang selalu JYP Entertainment (agensi mereka) tonjolkan dalam ‘girl group’ mereka.
Bagaimanapun, saat Itzy debut terdapat beberapa khabar angin mengatakan bahawa grup tersebut seperti meniru stail Blackpink.
Malah, ada juga yang gigih mencari bukti menunjukkan bahawa grup tersebut meniru konsep Blackpink dari segi stail pakaian dan juga konsep muzik video.

Susulan itu, peminat Itzy mempertahankan artis mereka dengan mengatakan bahawa itu semua mungkin hanyalah kebetulan sahaja.
Dalam pada itu, laman twitter peminat antarabangsa Blackpink memohon agar tiada ‘fanwar’ bermula kerana perkara ini dan perkara yang perlu diutamakan ialah memberi sokongan buat grup kesayangan masing-masing.
Yass! Betul tu. Tak usahlah bergaduh kerana perkara yang remeh begini. Yang penting kita sama-sama sokong grup masing-masing kan?
sumber: Koreaboo
Foto: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



