“Tak Semua Korean Itu Kpop,”- Ini Luahan Penyampai Radio, Hani Fadzil
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila kolaborasi antara penyanyi, Yuna dan grup hip hop, Korea Selatan, Epik High mendapat reaksi yang berbeza netizen…
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila kolaborasi antara penyanyi, Yuna dan grup hip hop, Korea Selatan, Epik High mendapat reaksi yang berbeza netizen.
Ada yang memberikan sokongan terhadap kolaborasi tersebut namun ada juga yang terang-terangan tidak bersetuju.
Malah, ada juga yang mengecam Yuna kerana berkolaborasi dengan grup ‘Kpop’.
Susulan itu, penyampai Radio Era, Hani Fadzil memuat naik status di laman Twitternya menjelaskan maksud kpop tersebut.
“Orang kena faham bahawa tak semua Korean itu Kpop. K-hip hop dan R&B bukan Kpop.
“Kdrama bukan Kpop, makan kimchi (makanan Korea) tidak menjadikan saya seorang Kpop.
“Mewarnakan rambut tidak menjadikan seseorang itu Kpop. Mengucapkan ‘Anneyonghaseyo’ bukan Kpop. Ia adalah bahasa Korea tapi bukan Kpop. Feel meh?” tulisnya.
Sementara itu, kelihatan ramai ‘Kpopers’ lain yang bersetuju dengan kenyataan Hani.
Yalah, orang yang tidak faham apa itu Kpop akan mudah tersalah sangka dengan perkara sebegini kan?
Mudah-mudahan sedikit sebanyak, non-kpopers tu dapatlah take note perkara sebegini. Jangan tahu nak mengecam sahaja ya!
Foto: IG Hani &Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





