Adakah Populariti CNBLUE Di Jepun Punca Jonghyun Masih Kekal?
Bekas ahli Big Bang, Seungri, bekas ahli FT Island, Jonghun, bekas ahli Highlight, Junhyung dan Jonghyun, kesemuanya disahkan ada kaitan dengan grup chat kontroversi Jung Joon Young. ..
Bekas ahli Big Bang, Seungri, bekas ahli FT Island, Jonghun, bekas ahli Highlight, Junhyung dan Jonghyun, kesemuanya disahkan ada kaitan dengan grup chat kontroversi Jung Joon Young.
Di saat Seungri, Jonghun dan Junhyung keluar daripada grup masing-masing malah ada yang bersara daripada industri hiburan, namun Jonghyun masih lagi kekal di dalam grupnya.
Dia hanya mengeluarkan kenyataan kesal dengan kesilapannya dan tidak akan melakukannya lagi.
Di saat peminat membuat petisyen agar Jonghyun dikeluarkan daripada grup tersebut namun itu semua tidak dihiraukan agensi mereka, FNC Entertainment.
Keliru dengan sikap FNC membuatkan netizen berspekulasi bahawa ia ada kaitan dengan populariti grup tersebut di Jepun.
Untuk pengetahuan, CNBLUE banyak mendapat profit menerusi aktiviti mereka di Jepun malah lebih popular di negara matahari terbit itu berbanding di Korea Selatan.
Dalam pada itu, kelihatan peminat-peminat di Jepun kelihatan mempertahankan Jonghyun malah mengatakan bahawa CNBLUE hanya relevan jika mempunyai keempat-empat ahlinya.
Adakah ini sebab Jonghyun masih berada di dalam grup tersebut?
Setakat ini, keempat-empat ahli CNBLUE iaitu Yonghwa, Jungshin, Minhyuk dan Jonghyun kini menjalankan khidmat negara mereka di dalam tentera.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



