Infinite Sungyeol Bakal Masuk ‘Army’ 26 Mac Ini
Ahli Infinite, Sungyeol dijangka memasuki khidmat latihan tentera pada 26 Mac ini…
Ahli Infinite, Sungyeol dijangka memasuki khidmat latihan tentera pada 26 Mac ini.
Perkara ini disahkan oleh agensinya, Woolim Entertainment menerusi satu kenyataan.
“Sungyeol akan masuk Army pada Mac 26. Dia merancang untuk beritahu peminatnya dahulu mengenai perkara ini.
“Dia akan meninggalkan mesej buat para peminat hari ini.
“Dia memilih untuk tidak menghebohkan kemasukannya itu. Kami juga bersetuju untuk tidak berkongsi lokasi dan masa dia memasuki Army.
“Hanya keluarga dan rakan rapatnya sahaja yang akan menghantarnya,” tulis kenyataan tersebut.
Sungyeol merupakan ahli Infinite kedua memasuki Army setelah ketua grup, Sunggyu yang masuk pada Mei tahun lalu.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



