AKMU Jelaskan Sebab Kenapa Mereka Ingin Kekal Bersama YG Entertainment
Berikutan skandal yang melanda label YG Entertainment tahun ini, kelihatan ramai peminat yang memohon agar artis-artis di bawah naungan agensi tersebut keluar dan menyertai syarikat lain yang lebih stabil…
Berikutan skandal yang melanda label YG Entertainment tahun ini, kelihatan ramai peminat yang memohon agar artis-artis di bawah naungan agensi tersebut keluar dan menyertai syarikat lain yang lebih stabil.
Turut sama diminta para peminat untuk meninggalkan YG adalah pasangan duet, AKMU.
Para peminat mereka melahirkan rasa bimbang apatah lagi, comeback album terbaru AKMU bertajuk Sailing ini adalah setelah Lee Chan Yuk keluar daripada tentera serta setelah Lee Soo Hyun berusia 20 tahun.
Tidak mahu peminat terus bimbang, akhirnya AKMU memberikan penjelasan kenapa mereka masih ingin kekal dengan YG Entertainment.
“Kami memahami kebimbangan para peminat tapi kami bekerja dengan orang-orang yang hebat.
“Kami semua tidak tidur malam dan bekerja dengan gembira jadi buat masa sekarang kami ingin fokus untuk bekerja secara gembira dan memberikan hasil kerja yang bagus buat anda semua.
“Di YG kami mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang kami mahu. Contohnya, ada rakan akan membantu kami membuat cover album, ada yang memberikan pendapat mereka untuk memperbaiki mutu album dan naynayi kanmi dan apa yang label buat adalah memberikan dana,” katanya.
Mungkin pada orang ramai YG dah tak relevan tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu keadaan di dalam label itu kan? Apa-apapun, jangan mudah nak menilai daripada luaran.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




