Biasa La Kita Malaysia Bila Orang Luar Reti Cakap Melayu Akan Julang Mereka Sampai Ke Langit,” – Michael Ang Komen Pasal Hanbyul Ke Tu?
Semalam merupakan minggu separuh akhir program Big Stage 2019 yang menyaksikan artis-artis muda dalam dan luar negara bertanding bagi merebut gelaran juara…
Semalam merupakan minggu separuh akhir program Big Stage 2019 yang menyaksikan artis-artis muda dalam dan luar negara bertanding bagi merebut gelaran juara.
Dan tentunya, antara peserta yang mendapat perhatian ramai adalah Jang Han Byul yang merupakan penyanyi dari Korea Selatan yang saban minggu memberikan persembahan mantap walaupun tidak langsung memahami Bahasa Melayu.
Susulan persembahannya semalam, pengarah, Michael Ang turut sama memberikan pandangannya terhadap bekas vokalis band LedApple itu.
Berikutan itu, kelihatan ada yang mempertahankan Hanbyul di ruangan komen terutamanya untuk persembahannya menerusi lagu nyanyian BTS, Boys With Luv.
Pada K-Variety, memang bukan mudah untuk menyanyi sambal menari apatah lagi tarian grup BTS itu bukanlah mudah dan agak memenatkan.
Tambahan pula dengan dua tugasan yang diberikan pada minggu itu, membuatkan persembahan Hanbyul kelihatan hambar namun tidak dinafikan bahawa dia membuat satu persembahan yang amat menghiburkan.
Apa-apapun, tahniah kepada Hanbyul kerana berjaya melayakkan diri sebagai finalis Big Stage 2019!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




