“Akulah Jodohmu,” – Fans Cair Habis Bila Chan Eun Woo Nyanyi Lagu Sampai Ke Hari Tua
Ahad lalu merupakan memori indah buat Aroha dan peminat Cha Eun Woo…
Ahad lalu merupakan memori indah buat Aroha dan peminat Cha Eun Woo.
Apa taknya, bukan sahaja pelakon dan penyanyi itu mengadakan fan-meetingnya buat kali pertama di Malaysia malah menyanyikan lagu Sampai Ke Hari Tua dendangan Aizat yang membuatkan peminat mimpi indah malam itu.

Malah, ramai yang melahirkan rasa kagum bila Cha Eun Woo dengan lancar menyanyikan bait-bait lagu tersebut terutama pada bait kata ‘jika ku air wudhukmu’dan juga ‘akulah jodohmu’.
Ramai yang cair habislah!

Dalam pada itu, kelihatan pelakon drama My ID is Gangnam Beauty itu sangat gembira dan banyak bercakap serta memberikan reaksi pada malam tersebut.
Selain nyanyian Sampai Ke Hari Tua, Cha Eun Woo turut membuat kejutan apabila memakai pakaian tradisional Korea Selatan iaitu hanbok. Handsomenya!

Bertempat di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM dan bermula jam 6 petang, kelihatan peminat sudah bersedia di kawasan itu sejak tengah hari lagi.
Dibawakan oleh MacpiePro, semua peminat yang hadir sangat berpuas hati dengan fan-meeting tersebut. Terima kasih penganjur!

Foto: MacpiePro & Fantagio
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





