“Sulliku Yang Cantik…” – Surat Luna Buat Sulli Mampu Buat Air Mata Gugur
Ahli F(X) Luna akhirnya memuat naik post khas buat mendiang Sulli di laman Instagramnya…
Ahli F(X) Luna akhirnya memuat naik post khas buat mendiang Sulli di laman Instagramnya.
Dalam post yang merupakan surat itu, Luna sempat berterima kasih kerana masa mereka bersama dan juga meminta maaf terhadap Sulli.
“Kepada ahli yang sangat saya sayangi, saya berterima kasih, seseorang yang berjalan bersama-sama saya selama 10 tahun ini.
“Sulliku yang cantik, baru sekarang saya dapat kongsi post ini. Saya ketawa dan menangis banyak kerana kamu ada bersama saya dan kita banyak bergaduh juga kan?
“Saya minta maaf sebab tak dapat jaga kamu sebaik mungkin dan maafkan saya kerana tidak dapat menyayangi kamu lebih lagi.
“Saya berdoa supaya Sulli saya yang cantik dapat bersinar lebih terang di atas sana.
“Unnie sayang kamu sangat-sangat, tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Terima kasih. Kamu merupakan seseorang yang sangat disayangi dan adik yang bertanggungjawab kepada saya.
“I love you Sulli, I love you so much,” tulisnya.
Minggu lalu, Sulli ditemui mati di tingkat dua rumahnya dipercayai menggantung dirinya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






