“Saya Merasakan Ini Adalah Peluang Terakhir Saya,”- Shindong
Ahli Super Junior, Shindong mengumumkam akan berdiet dengan bantuan program turunkan berat badan di sebuah syarikat swasta…
Ahli Super Junior, Shindong mengumumkam akan berdiet dengan bantuan program turunkan berat badan di sebuah syarikat swasta.
Syarikat tersebut mengesahkan perkara tersebut malah menerangkan rancangan mereka bersama Shindong.
“Dia (Shindong) kini seberat 116KG dan bercadang untuk menurunkan berat sehingga 75KG,” tulis kenyataan itu.
Dalam pada itu, Shindong turut menerangkan sebab dia berbuat demikian.
“Saya dah cuba bermacam-macam diet sebelum ini namun bila dah berjaya turun, ia akan naik balik sebab saya tak jaga makan.
“Saya merasakan ini adalah peluang terakhir saya dan saya akan belajar diet menerusi cara yang lebih sihat,” katanya.
Sementara itu, terdapat khabar angin mengatakan antara sebab Shindong berusaha keras menurunkan berat badan kerana sering dikritik oleh netizen.
Malah, Shindong sendiri pernah berkongsi kesukarannya sebagai seseorang yang berbadan besar di Korea Selatan.
All the best Shindong! Fighting oppa!!!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





